Mingguan Amanz – Asus Zenfone 4, Nokia 8, Tag RFID Pada Tol

asus



Minggu ini menyaksikan pihak Asus melancarkan keluarga telefon pintar terbaru mereka, iaitu Asus Zenfone 4. Dibawah keluarga Zenfone 4, Asus menawarkan beberapa variasi, termasuk Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro.

Selain Asus, pihak HMD Global pada minggu ini telah memperkenalkan Nokia 8, iaitu telefon pintar terbaru berspesifikasi tinggi Nokia dengan menggunakan cip Snapdragon 835 dan lensa Zeiss.

Minggu ini turut menyaksikan Google memperkenalkan Google Allo pada web, sekaligus memudahkan anda mengikuti perbualan pada perkhidmatan permesejan berkenaan dengan mudah pada komputer.

Instagram pada minggu ini telah mula memperkenalkan paparan komen dalam bentuk bebenang bagi memudahkan pengguna mengikuti perbincangan.

Akhir sekali, di Malaysia, penggunaan tag RFID untuk pembayaran tol telah mula diuji, dan dijangka diperkenalkan kepada umum seawal tahun 2018 ini untuk ujian.

source

22 thoughts on “Mingguan Amanz – Asus Zenfone 4, Nokia 8, Tag RFID Pada Tol”

  1. terima kasih team amanz kerana terus menerus memberi info info IT terkini. abaikan yang komen komen jerawat tu nanti dalam kubur Allah tak nilai bab jerawat, Allah menilai bab amalan kita ja.

Leave a Reply